i need SUPERHEART..
Follow here!! | Dashboard go to home!!




Kemanisan iman
Tuesday, 29 January 2013 | 23:23 | 0 Students
Assalamualaikum , Hi …. Lama gila ahh tak berbloging ni . Rindu :* Ahahaha
Okay lah , today .. Anis nak cerita apa yang ada dekat kepala otak anis ni . Ahhahahaha .
Okay , macam ni . Sometimes anis rasa anis tak suka couple atas alas an dah serik and bukan sesuatu keperluan . LOL , but hakikat sebenar Anis nak . Cuma tak sampai masa lagi lah . Ibubapa nak tengok anak anak berjaya kan , so abaikan ahh dulu ‘’ couple ‘’ tu . Sometimes , bila ustaz ustazah cerita pasal ‘’ couple ‘’ ni , PERGHHH bererjuta juta rasa bersalah tu datang  . WHY ? Ustazah kata tu maksiat …. Allah . Fitrah berkasih sayang antara manusia tu memang wajib ada lah dalam diri setiap manusia kan .  Tapi , kita kena pandai kawal perasaan tu . takut tersilap langkah ke lembah maksiat . Anis baru habis belajar bab ‘’ Kemanisan Iman ‘’ dalam subjek Hadis .

‘' Tiga tanda kepada sesiapa yang mendapat kemanisan iman  : Mengasihi Allah dan Rasul lebih dari segalanya , Berkasih sayang kerana Allah dan benci untuk kembali dalam kekufuran .  ‘’

P/S : maaflah anis tak berapa  sempat tulis makna Hadis . Biasalah , kadang kadang tak sempat  nak kena letak baris hadis then letak makna lagi . Hehehehe

Haaaa , nak berkasih sayang boleh . Tapi letak Allah dan Nabi Muhammad di tempat pertama dalam hati kita . Ingat !! Orang yang paling mudah nak masuk syurga ni orang yang kasih dan cintanya hanya untuk Allah dan Rasul . Sebab apa ? Nak tahuu ke ? nak tahuu ? Eheheh . Sebab …. Bila kita sayang seseorang tu kita selalu ikut apa yang dia suruh kan ? Elehhh , contoh senang . Kita sayang dekat pakwe / makwe kita tu , kita mesti dengar kan ? Dia kata , ‘’ Awak , pergi lah makan , nanti awak sakit . ‘’ HAAAAAAAA , Confirm korang pergi makan kan ? sebab korang taknak pasangan korang risau . Haaa , sama juga bila kita cinta Allah dan Rasul , mesti kita ikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan . Bila kita cinta rasul , kita ikut apa yang dia perintah . Allahu , sukanya kita bila kita mengikut segala ajaran Rasulullah . Semua indah :’) Itulah nikmat cinta kita terhadap pencipta dan pemimpin islam kita yang hebat :’D

Kita tahu , kita tak sebaik orang yang hidup dizaman Rasulullah dulu :’( Dunia kita sekarang penuh dengan dosa . Buka je mata ada maksiat , berjalan di luar rumah pun terus nampak maksiat . Subhanallah . Apa maksiat semasa buka mata je dari tidur ? Contoh mak kita gerak kita dari tidur

 Mak : Adik / Kakak / Along / Angah dan sewaktu dengannya *hehe* Bangun bangun lewat dah ni nak kesekolah . cepat cepat .

 Kita : Alaaaaaaa *tinggikan suara* malas lah mak !


Subhanallah , apa yang mak kita rasakan ? Dia nak sakit hati tapi dia tahan sebab apa ? dia fikir anak anak dia masih kecil , dia faham kita . tapi kita ada faham perasaan ibu kita ? Ada? sedarlah . Maaf anis pun pernah macam tu . Semua pernah kan ? Yelah manusia . Siapa yang tak pernah buat silap . Anis sebagai manusia yang hina , cuba berubah  . in-sya-Allah kita sama sama menegur kesilapan kita , sama sama berubah :’) Amin , Semoga kita dapat keberkatan di dunia dan diakhirat . Amin :’)




Older Post | Newer Post